Author: Mohd Firdhaus Ismail on
Saturday, March 20, 2010
Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri, siapakah aku? Mengapa aku dilahirkan di dunia ini? Apakah sumbangan aku kepada diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara? Ramai di antara kita yang tidak sedar kepentingan MENGENALI DIRI SENDIRI. Sebab itulah banyak perkara dan sikap negatif menyelinap masuk dalam diri individu generasi moden. Kes jenayah kini sudah tidak mengira umur, status dan jantina. Anak kecil yang belum tahu erti keindahan hidup juga menjadi mangsa kepada kerakusan manusia yang tidak mengenal erti perikemanusiaan. Anak yang dikandung 9 bulan 10 hari dilempar ke dalam sungai, dibuang dimerata tempat, disumbat ke dalam tandas awam dan sebagainya. Siapakah yang patut dipersalahkan jika bukan diri sendiri? Warga emas yang diugut, si ibu yang diragut, si anak yang dipijak... apa erti semua ini? Teknologi semakin maju dibawa arus permodenan. Tapi, hakikatnya ketamadunan manusia semakin mundur dibawa arus kemajuan. Manusia kini lebih fokus kepada sikap pentingkan diri serta mengenepikan hak individu lain. Ke mana perginya etika dan nilai dalam pembangunan sahsiah dan akhlak insan yang bernama manusia? Kepada sekalian makhluk ciptaan Yang Maha Kuasa, ayuh bangkit kembali mencari sinar kehidupan yang menuju ke arah kesempurnaan sama ada dari segi fizikal dan rohani. KENALI siapa diri anda dan jalankan tanggungjawab sebagai KHALIFAH yang diutuskan di dunia yang sementara ini. (nasihat ini ditujukan khas untuk semua serta diri sendiri).
Author: Mohd Firdhaus Ismail on
Sunday, March 14, 2010
Adakah anda sudah mendirikan rumah tangga, sudah mempunyai anak? Atau anda kini sedang dilamun cinta? Mungkin juga anda lebih selesa hidup berseorangan buat masa ini? Semua jawapan ada pada diri anda.
Tahukah anda, perkataan CINTA atau LOVE itu adalah satu perkara yang timbulnya daripada tiga komponen utama seperti apa yang telah dikaji oleh seorang ahli psikologi iaitu Robert Stenberg iaitu :
1. INTIMACY - yang membawa maksud keintiman individu antara satu sama lain
2. PASSION - perasaan yang membawa lebih kepada romantis dalam satu hubungan, tarikan fizikal dan sebagainya.
3. COMMITMENT - anda yang menentukan sama ada ingin memberi komitmen terhadap pasangan anda sama ada dalam jangka masa panjang atau jangka masa pendek.
Setiap komponen ini berkaita rapat antara satu sama lain yang mana apabila ketiga-tiga komponen ini wujud dan utuh dalam hubungan percintaan yang normal, maka dapat disimpulkan di sini bahawa cinta anda itu adalah 'CONSUMMATE LOVE' atau dalam erti kata lainnya cinta yang sempurna dan membawa kepada alam perkahwinan.
Bagi anda yang sudah berpasangan dan berniat untuk mendirikan rumah tangga, adakah anda sedar, cinta anda dan si dia berada pada tahap yang mana? Adakah hanya berdasarkan PASSION, atau hanya semata-mata INTIMACY? Adakah anda pernah terfikir tentang COMMITMENT yang perlu diambil kira untuk hubungan yang lebih panjang dan terjamin? Cuba anda pejam mata sejenak.... kosongkan fikiran, selami semua dunia percintaan anda. Jika anda yakin dengan cinta anda, maka teruskan memberi komitmen dan jika tidak, ambil masa dan rancang untuk perbaiki cinta yang tiada kepastian atau lepaskan sahaja...
Author: Mohd Firdhaus Ismail on
Saturday, March 13, 2010
Sahabatku... Wan Mohd Farhan Wan Zakaria dan Mohamad Aliff Bakar. Lumrah dalam persahabatan. Pasang-surut, bertikam lidah, selisih faham... semuanya perkara biasa... Walau separah mana pun sesuatu hubungan, InsyaAllah boleh diperbaiki dengan adanya kesedaran tentang rasionaliti. Sahabat juga melambangkan serta menggambarkan bagaimana perwatakan kita. Setianya sahabat menemani dikala susah dan senang. Oleh itu hargai mereka dan terima mereka seadanya..